Ahad, 10 Januari 2016

URUTAN BANYAKKAN SUSU




KreDIT TO :     http://mummysayf.blogspot.my/     

Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh PARA IBU  lakukan untuk merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan baby. Dan mengurut adalah salah satu dari caranya. Tak perlulah nak memanggil makcik tukang urut setiap kali. Urutan ringkas boleh dilakukan sendiri sebelum kita menyusukan bayi. Urutan ini dapat membantu merangsang kelenjar penghasilan susu ibu. Jom kita lihat cara-cara urutan yang boleh mommies lakukan =)


URUTAN MENAMBAH PENGALIRAN SUSU IBU


LANGKAH 1 : TUAM

Sebelum melakukan urutan, para ibu  perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.

LANGKAH 2 : TEKAN

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

LANGKAH 3 : GERAKAN

Setelah itu, sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari yang lain pula ditempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Namun, jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah lima hingga enam kali.

LANGKAH 4 : TERUSKAN GERAKAN

Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Namun, jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenan.

LANGKAH 5 : PUTAR

Gerakkan jari-jari and dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

Selamat  mencuba 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan