Ahad, 10 Januari 2016

URUTAN RAHIM



Bagaimanakah mahu mengetahui samada rahim / peranakkan kita berada ditempat sepatutnya atau telah jatuh?

Cara hendak mengetahuinya :
  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul. 
  • Boleh periksa sendiri iaitu :
Cara pertama :
  1. Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul. 
  2. Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.
Cara kedua :
  1. Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
  2. Ia lembut dan seperti guli. 
  3. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. 
Untuk mendapatkan kepastian
  • Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya
Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Jatuh

 1. Berurut
Cari tukang urut yang ada pengalaman menaikkan peranakan jatuh . Ada yang panggil sengkak rahim .InsyAllah dapat membantu

2. Lakukan senaman Kagel
Dikenali juga senama kemut, Sangat popular bagi menegangkan semula otot rahim yang kendur semasa kehamilan .Lakukan selepas kesakitan jahitan  perinium sedikit reda . Boleh dilakukan semasa berpantang . Untuk maintenace lakukan sebanyak 6 sesi .Setiap sesi 10 kali kemut setiap hari .Bila pulih Lakukan 3 hari dalam seminggu . Klik link ni utk lakukkan senaman kagel  http://www.alodokter.com/manfaat-dan-cara-melakukan-senam-kegel

3 Buat urutan sendiri
Kalau tak jumpa tukang urut ,bolehlah buat sendiri , caranya
1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
 kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. rehat seketika sebelum bangun.

 Kemudian tungku dibahagian atas sekitar  ari-ari dan tulang servik sehingga boleh ditekan dengan jari sebanyak 4 jari. Tungku perlahan -lahan sambil tolak kearah pusat


4. Bertanggas
Bila berlaku kes rahim yang tidak selesa , eloklah lakukan rawatan bertanggas selama 7 hari berturut -turut selama 20- 40 minit untuk sekali rawatan . Masukkan herba -herba yg berkhasiat

5. Amalkan pengambilan suplemen

Suplemen yang sinonim dengan rahim adalah suplemen yang ada herba kacip fatimah
Contoh kacip fatimah UTM, sedu arrow, d folia ,paramaria dan lain -lain lagi .Terpulang kepada pilihan puan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan