Rabu, 31 Ogos 2016

Bagaimana Induce Labour Secara Natural



8 ikhtiar yang boleh dilakukan oleh para ibu utk mpercepatkan dan memudahkan proses bersalin

1) Nipple stimulation

Ianya boleh dilakukan samada pam breast anda dengan pam penyusuan atau menggunakan tangan (marmet). Boleh juga menyusukan anak jika ini bukan kehamilan yang sulong bagi anda.


2) Buat seks dengan suami
Bayi yang telah melepasi edd (estimate due date) akan keluar tak lama lagi selepas melakukan hubungan intim. 

Ini kerana air mani mengandungi lemak yang dipanggil prostaglandin (juga digunakan dalam perubatan induksi)  yang membantu melembutkan serviks dan orgasme wanita boleh menyebabkan pengecutan rahim yang kuat.

3) Makan makanan pedas
Banyakkan makan makanan pedas kerana ia dipercayai boleh merangsang kelembutan otot usus, menggalakkan pembebasan prostaglandin dan membantu rahim bersiap sedia untuk proses bersalin.


4) Minum teh raspberry
Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.



5) Akupuntur
Tonton video di sini.

6) Minum air jus nenas
Kalau rajin boleh buat sendiri atau boleh dapatkan air kotak ini di pasaran.


7) Jalan itik
Jalan itik ini penulis blog buat dalam toilet. Cuci lantai toilet, bersihkan dinding toilet. Kaedah ni sangat berkesan untuk nya


8) Banyak berjalan kaki
Kaedah ni pun penulis blog pernah cuba juga. Berjalan satu Mid Valley Megamall. Nampaknya usaha ini berjaya membuahkan hasil.

Sebelum mencuba kaedah induce natural labor ini, anda boleh minta pandangan atau nasihat dari doktor terlebih dahulu. Setiap dari kita adalah berbeza. Ada ibu yang kesihatannya ok dan baik sahaja sepanjang kehamilan, begitu juga ada yang sebaliknya.

Selamat mencuba!

Kredit kepada : 
http://www.sihatitunikmat.com/2014/09/hamil-dah-overdue-ketahui-kaedah-induce.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan