Rabu, 31 Ogos 2016

Kenapa mesti berbenkung selepas bersalin?


5 sebab kenapa kita kena pakai bengkung terutamanya masa dalam pantang. 

1. Dapat elak perut  dari masuk angin 

Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia dapat bantu aliran angin panas dan kotor keluar dari badan ibu yang berpantang. 

2. Bantu kempiskan perut dengan lebih cepat 

Jika para ibu mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber, pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah. 

3.Tegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin 

Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang. 

4. Kuatkan tulang belakang dan hasilkan postur tubuh yang baik 

Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya jika mengalami masalah sakit belakang.Selain itu, bengkung dapat menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika hamil. 

5. Menghalang peranakan daripada ‘turun’ 

Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun. 


Kredit : bengkungmoden .com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan