Khamis, 24 November 2016

Tanda-tanda tanda kolestrol tinggi

Image result for tanda tanda fizikal kolesterol tinggi

1. Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher
2. Mudah letih
3. Penat dan cepat mengantuk
4. Sakit pada bahagian kaki
5. Lesu
6. Selalu Rasa Kembung
7. Jantung terasa sakit atau berdebar-debar
8. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan
9. Kram terutama di malam hari
10. Kuku berubah kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong
11. Rasa tegang di tengkuk

Cara Mencegah Kolesterol Tinggi
1. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Banyakkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

Ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain dapat membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Malah Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri.

3. Makan bijirin oat
Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat.

4. Makan lebih kanji dan fiber
Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang terbukti boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol jahat. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan tekanan.

6. Turunkan berat badan
Perhatikan tubuh anda. Sekiranya bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu merupakan petanda risiko untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain adalah tinggi.

7. Amalkan urut , bekam  dan pengambilan minyak zaitun atau minyak bawang putih atau minyak habbtussauda atau berbagai minyak perahan sejuk yang lain 

kredit kepada :
 @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook


Tiada ulasan:

Catat Ulasan