Selasa, 14 Februari 2017

Kesan negative kunyit








Di sebalik itu , tahukah anda bahawa menggunakan kunyit secara berlebihan dalam masakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh seperti

1- Mengurangkan Susu Ibu

Bagi ibu yang menyusukan anak , anda dinasihatkan supaya tidak terlelu kerap menggunakan kunyit dalam masakan untuk mengelakkan susu anda jadi mengurang .

2- Melambatkan Proses Pembekuan Darah

Jika anda mengalami masalah pendarahan , anda dinasihatkan supaya berhenti menggunakan kunyit dalam masakan . Ini kerana , kunyit itu akan menyebabkan pendarahan berlebihan terutama sebelum dan selepas menjalani pembedahan .

3- Batu Hempedu

Pengambilan kunyit yang kerap boleh menyebabkan batu dalam hempedu menjadi semakin kronik .

4- Gastrik

Sekiranya anda penghidap gastrik , kandungan kunyit yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit perut , cirit birit dan merasa loya malah akan ada juga kesan sampingan yang lainnya kerana pembetukan asid gastrik bertambah .

5- Diabetes

Kunyit akan menjadikan merangsang  ubat-ubatan diabetes menjadi lebih kuat seterusnya mengakibatkan pesakit lebih terdedah kepada hypoglycemia, iaitu keadaan di mana paras gula pesakit terlalu rendah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan